Friday, 4 November 2016

Tempat Menarik Di Johor Yang Wajib Dilawati

Assalammualaikum,pernahkah anda bercuti atau melawat tempat menarik di Johor. Johor merupakan sebuah negeri yang pesat membangun dari era dulu lagi. Di sini saya ingin menceritakan serba sedikit tentang penubuhan JohorAsal usul perkataan Johor diambil dari perkataan Arab “Jauhar” yang bermaksud “Permata Berharga”. Pengaruh Arab jelas kelihatan di mana para pedagang dari Arab telah datang ke sini bagi menjalankan perniagaan rempah yang sememangnya terkenal pada suatu ketika dahulu. Johor juga dikenali sebagai Hujung Tanah atau “Gangganu” oleh orang-orang Siam yang bermaksud “Batu Permata”.Pembukaan negeri Johor bermula pada awal kurun ke-16 apabila Melaka telah ditawan oleh Portugis. Sultan Mahmud Syah yang merupakan pewaris terakhir takhta kerajaan Melaka telah melarikan diri dan membuka kerajaan Johor. Pada waktu itu, Johor telah meluaskan empayarnya sehingga ke Riau.Sejarah Johor moden bermula di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar. Baginda telah ditabalkan menjadi sultan pada tahun 1866 seterusnya memegang gelaran “Seri Maharaja Johor”. Sultan Abu Bakar telah memperkenalkan Perlembagaan Johor seterusnya membawa perubahan dalam pentadbiran negeri Johor yang lebih efisyen. Perpindahan pusat pentadbiran kerajaan Johor di Teluk Belanga ke Tanjung Puteri pada tahun 1841 memberi kesan yang positif kepada Johor terutamanya dari segi pembangunan. Pembinaan bangunan kerajaan, balai polis, masjid, mahkamah dan istana besar jelas membuktikan Sultan Abu Bakar berhak menerima gelaran sebagai “Bapa Pembangunan Johor”.Kini, Johor yang disempadani oleh Melaka, Pahang dan Singapura merupakan salah sebuah negeri yang pesat membangun dan maju di Malaysia.Johor Darul Takzim boleh dikatakan sebuah negeri yang mempunyai sebuah negeri yang mempunyai semua daya tarikan . Sebagai contoh dari segi tempat pelancongan,pulau,pantai,air terjun,tempat shoping dan banyak lagiSebelum bercuti atau melawati tempat tersebut, kita kena survey tempat tu sesuai untuk aktiviti apa, so dengan itu boleh sediakan keperluan yang perlu disediakan. Pilih tempat yang sesuai untuk family, orang dewasa dan kanak² untuk mengelakkan perkara yang tak sepatutnya berlaku dan percutian lebih menggembirakan serta untuk kepuasan bersama.Senarai kawasan pelancongan dan tempat yang wajib dilawati apabila pergi ke Johor.

PULAU KUKUP JOHOR




Pulau Kukup ialah salah sebuah kawasan paya bakau tidak berhabitat terbesar di dunia. Ia juga satu-satunya yang terletak di perairan Johor. Pada hari ini, Pulau Kukup merupakan rumah kepada berbilang-bilang spesis hidupan liar. Antaranya adalah monyet, ikan belacak dan babi hutan. Nikmati keindahan taman negara ini, dan selamilah ekosistem semula jadinya yang mengasyikkan!Pulau di luar Mersing, bersama Pulau Dayang, Pulau Lang dan Pulau Pinang, dikatakan antara destinasi menyelam terbaik di dalam Kawasan Taman Marin Johor. Air yang lebih dalam di sekitar kawasan ini memastikan keterlihatan yang bagus dan kepelbagaian hidupan marin. Pulau ini terkenal terutamanya dikalangan penyelam hujung minggu.Terumbu karang utama terletak ke arah hujung selatan Pulau Aur dan Pulau Pinang. Bahagian atas terumbu bermula kira-kira 12m dan cerun sedalam 25m, menjadikannya sesuai untuk menyelam.Antara aktiviti ialah kita boleh belaar tentang habitat paya bakau ini .Selain itu,aktiviti melalui aktiviti jambatan gantung maksima 3 orang untuk satu-satu masa.Pulau kukup sangat bagus untuk aktiviti bersama keluarga kerana tempatnya yang strategik dan sesuai untuk aktiviti berkeluarga.

Jika anda dari selatan (Johor Bahru), ikut Lebuh Jalan Skudai dan anda terus tuju ke arah Pontian/Pontian Kechil. Ikut papan tanda untuk ke Kukup. Manakala dari Kuala Lumpur/utara, ikut Lebuh Raya Utara-Selatan dan keluar di tol Simpang Renggam (selepas Machap). Belok ke kiri dan tuju ke Pontian/Benut. Selepas itu, ikut papan tanda ke Kukup.
Pulau Kukup ialah salah sebuah kawasan paya bakau tidak berhabitat terbesar di dunia. Ia juga satu-satunya yang terletak di perairan Johor. Pada hari ini, Pulau Kukup merupakan rumah kepada bermacam-macam spesis hidupan liar. Antaranya adalah monyet, ikan belacak dan babi hutan. Nikmati keindahan taman negara ini, dan selamilah ekosistem semula jadinya yang mengasyikkan.

PULAU AUR


Pulau Aur terletak kira-kira 60 kilometer dari timur Mersing di Johor, Malaysia. Pulau Aur merupakan satu daripada kawasan Taman Marin Johor.
Pulau Aur merupakan salah satu dari gugusan pulau yang indah di Laut Cina Selatan di persisiran laut Johor, Malaysia. Pulau Aur terletak berhampiran dengan beberapa pulau lain iaitu Pulau Rawa, Pulau Pemanggil, Pulau Besar, Pulau Sibu dan Pulau Tinggi. Pulau Aur merupakan salah satu tapak penyemaian Kerang Gergasi (giant cockle). Dari segi kedudukan, Pulau Aur merupakan pulau paling jauh dari daratan Semenanjung.
Pulau Aur memiliki banyak spesies hidupan marin dalam air. Ia juga dijadikan tempat berhenti para nelayan.Walaupun Pulau Aur agak kecil, pulau Aur mempunyai banyak lokasi yang sesuai untuk aktiviti menyelam dan snokling.

Untuk pergi ke pulau Aur, bolehlah menaiki bot daripada Jeti Mersing, Jeti Tanjung Leman atau Jeti Tanjung Gemuk.

PANTAI AIR PAPAN






Air Papan, berkoordinat 2°30′59.26″U103°50′5.6″T, merupakan sebuah pantai yang terletak di Kampung Air Papan, Mersing, Johor, Malaysia. Terletak kira-kira 12 KM utara Mersing, pantai ini adalah popular di kalangan penduduk setempat terutama pada hujung minggu dan cuti umum. Mereka boleh berenang di dalam air biru, bermain permainan di pantai yang luas atau hanya duduk dan berehat di bawah naungan pokok-pokok di sepanjang tepian pantai. Dari sini, pengunjung boleh melihat dengan agak jelas gugusan pulau-pulau seperti Pulau Besar, Pulau Rawa, Pulau Tioman dan Pulau Tengah, serta pulau-pulau kecil berdekatan seperti Pulau Batu Gajah dan Pulau Setindan. Salah satu Tempat-Tempat Menarik Di Johor. Gambar tersebut merupakan gambar family day saya di Pantai Air Papan.Banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Pada waktu cuti sekolah sangat sesuai untuk pergi bercuti di situ kerana harga sangat berpatutan.

GUNUNG LEDANG



Taman Negara Gunung Ledang terletak di daerah Ledang,Johor atau lebih tepat lagi di pekan Sagil. Taman Negara Gunung Ledang mula beroperasi pada Julai 2003, dan telah diwartakan sebagai Taman Negara Johor pada 3 Oktober 2005. Saiz taman adalah seluas 8,611 hektar. Ini antara Tempat-Tempat Menarik Di Johor. Selain itu, ia juga terkenal dengan lagenda Puteri Gunung Ledang di mana secara mitosnya merupakan seorang Puteri yang sangat cantik dan menawan, sesiapa yang memandangnya pasti akan tertarik kepadanya disebabkan oleh rupa parasnya yang sangat cantik. Nama sebenar Puteri Gunung Ledang ialah Gusti Putri Retno Dumilah. Ketinggian Puncak Gunung Ledang adalah 1276m pada aras laut. Selain itu terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Gunung Ledang merupkan tempat yang sesuai untuk pergi bercuti pada hujung minggu .

LEGOLAND




Legoland Malaysia merupakan sebuah taman tema yang dibuka di Nusajaya, Johor, Malaysia pada 15 September 2012. Taman tema ini juga menyediakan lebih 40 tunggangan interaktif, persembahan dan tarikan. Ia juga merupakan taman tema Legoland yang pertama pernah dibuka di Asia semenjak penubuhannya. Tempat-Tempat Menarik Di Johor. Pembukaan rasmi taman tema ini dilancarkan oleh Sultan Ibrahim Ismail pada 22 September 2012. Ia akan menjadi teras kepada kompleks yang bersepadu yang berukuran 5,500,000 kaki persegi (510,000 m2). Kawasan ini juga merupakan taman industri Nusa Cemerlang yang terletak dalam Iskandar Malaysia iaitu sebuah kawasan ekonomi yang terdiri daripada pusat gaya hidup seperti peruncitan, pejabat, hotel, perkhidmatan pangsapuri dan unit kediaman.Harga sangat berpatutan dan sangat sesuai untuk semua lapisan masyarakat .

No comments:

Post a Comment