Assalamulaikum, nama diberi Muhammad Nur Afiq Bin Zakaria asal dari Muar Johor. Hari ini saya ingin menceritakan diari sepanjang 3 tahun di UTM KL. Perjalan kehidupan saya di UTM apabila saya dapat tawaran belajar di Utm untuk kemasukan pangilan kedua . Semasa pangilan pertama saya tidak dapat untuk ker ipta tapi dapat jugak tawaran ker politeknik untuk kos agroteknologi di Sabah . Di sebabkn Sabah terlalu jauh saya pon menolak tawaran tersebut kerana saya tinggal di Johor. Sebelum saya belajar di UTM saya sempat belajar di Tingkatan 6 selama 1 bulan sahaja sebelum mendapat pangilan kedua di UTM . Bermulalah kehidupan saya di Utm , Saya mendapat tawaran kos diploma pengurusan teknlogi. Semasa hari pendaftaran saya rasa agak gementar jugak kerana tidak pernah mengalami lagi suasana pendaftran yang begitu ramai orang. Saya hampir sesat semasa hari pendaftran mujurlah ada abg amir yang membantu saya menunjukkan saya cara untuk mendaftar dan tunjukkan tempat untuk mendaftar. Selepas saya selesai pendaftarn saya di bawa oleh abg amir untuk membawa saya ke rumah kediaman saya dia dalam kampus jugak iaitu kediaman siswa semarak. Di dalam kediaman Siswa Semarak tak silap saya hanya ada 3 kos sahaja yang tinngal di situ antaranya kos diploma ukur tanah, diploma pengurusan harta tanah dan diploma pengurusan teknologi.
First day i was located at kolej kediman siswa semarak memang sangat awesome kerana sangat dekat dengan kampus hanya perlu berjalan kaki sahaja. Saya tinggal sebilik dengan kawan-kawan dari serata negeri antaranya dari sarawak. Faiz Pakololo, Syaimal, Ikram, dan Bob merupakan rakan sebilik saya yang sangat ngam, Apa yang paling penting rakan-rakan sebilik saya sama kos dan memudahkan saya untuk membuat kerja.
Like entering school, sudah pasti ada orentasi yang berlangsung selama 2 hari sahaja sebab saya second intake. Jika first intake ,orentasi selama 2 minggu, memang sangat lama,haha, mujur saya hanya 2 hari sahaja.We called Minggu Transformasi Mahasiswa. Di situ lah saya kenal ramai kawan. Mulalah sesi suai kenal, bertanya kos apa yang diambil dan macam-macam lagi lah.Memang first time tu senyap je lah sebab tak berapa kenal sangat dengan kawan. Bila dah kamcing memamg riuh rendah dibuatnya dan asik nak bercerita sahaja.
Kos saya ada lebih kurang 50 orang mahasiswa. First time kuliah tu agak janggal jugak lah sebab kena pakai formal .Sudah menjadi kebiasan first day kuliah mesti ada suai kenal, memang perasan malu ada lah jugak tapi lama kelamaan semuanya ok
Gambar di atas merupakan hari first kuliah saya di utm .
Banyak kenangan manis ,pahit semasa saya belajar di UTM, Di situ saya kenal ramai kenal bermacam-macam perangai manusia , ada yang baik dan ada juga yang suka mengambil kesempatan
Saya belajar di Utm selama 3 tahun. Perjalan tidak lah seindah khabar kerana subjek yang di ambil setiap sem agak susah jugak ,mujurlah ada kawan yang membantu saya semasa proses pembelajaran dan akhirnya saya mendapat keputusan yang memuskan
Akhirnya saya telah telah dianugerkan diploma pada konvo utm yang ke 55.
Alhamdulillah, thnks to Allah , my family ,rakan-rakan yang mendoakan saya dan membantu saya selama ini. Tanpa doa dari kalian mungkin sukar untuk saya capai di tahap ini.
Saturday, 5 November 2016
Friday, 4 November 2016
Tempat Menarik Di Johor Yang Wajib Dilawati
Assalammualaikum,pernahkah anda bercuti atau melawat tempat menarik di Johor. Johor merupakan sebuah negeri yang pesat membangun dari era dulu lagi. Di sini saya ingin menceritakan serba sedikit tentang penubuhan JohorAsal usul perkataan Johor diambil dari perkataan Arab “Jauhar” yang bermaksud “Permata Berharga”. Pengaruh Arab jelas kelihatan di mana para pedagang dari Arab telah datang ke sini bagi menjalankan perniagaan rempah yang sememangnya terkenal pada suatu ketika dahulu. Johor juga dikenali sebagai Hujung Tanah atau “Gangganu” oleh orang-orang Siam yang bermaksud “Batu Permata”.Pembukaan negeri Johor bermula pada awal kurun ke-16 apabila Melaka telah ditawan oleh Portugis. Sultan Mahmud Syah yang merupakan pewaris terakhir takhta kerajaan Melaka telah melarikan diri dan membuka kerajaan Johor. Pada waktu itu, Johor telah meluaskan empayarnya sehingga ke Riau.Sejarah Johor moden bermula di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar. Baginda telah ditabalkan menjadi sultan pada tahun 1866 seterusnya memegang gelaran “Seri Maharaja Johor”. Sultan Abu Bakar telah memperkenalkan Perlembagaan Johor seterusnya membawa perubahan dalam pentadbiran negeri Johor yang lebih efisyen. Perpindahan pusat pentadbiran kerajaan Johor di Teluk Belanga ke Tanjung Puteri pada tahun 1841 memberi kesan yang positif kepada Johor terutamanya dari segi pembangunan. Pembinaan bangunan kerajaan, balai polis, masjid, mahkamah dan istana besar jelas membuktikan Sultan Abu Bakar berhak menerima gelaran sebagai “Bapa Pembangunan Johor”.Kini, Johor yang disempadani oleh Melaka, Pahang dan Singapura merupakan salah sebuah negeri yang pesat membangun dan maju di Malaysia.Johor Darul Takzim boleh dikatakan sebuah negeri yang mempunyai sebuah negeri yang mempunyai semua daya tarikan . Sebagai contoh dari segi tempat pelancongan,pulau,pantai,air terjun,tempat shoping dan banyak lagiSebelum bercuti atau melawati tempat tersebut, kita kena survey tempat tu sesuai untuk aktiviti apa, so dengan itu boleh sediakan keperluan yang perlu disediakan. Pilih tempat yang sesuai untuk family, orang dewasa dan kanak² untuk mengelakkan perkara yang tak sepatutnya berlaku dan percutian lebih menggembirakan serta untuk kepuasan bersama.Senarai kawasan pelancongan dan tempat yang wajib dilawati apabila pergi ke Johor.
PULAU KUKUP JOHOR


Pulau Kukup ialah salah sebuah kawasan paya bakau tidak berhabitat terbesar di dunia. Ia juga satu-satunya yang terletak di perairan Johor. Pada hari ini, Pulau Kukup merupakan rumah kepada berbilang-bilang spesis hidupan liar. Antaranya adalah monyet, ikan belacak dan babi hutan. Nikmati keindahan taman negara ini, dan selamilah ekosistem semula jadinya yang mengasyikkan!Pulau di luar Mersing, bersama Pulau Dayang, Pulau Lang dan Pulau Pinang, dikatakan antara destinasi menyelam terbaik di dalam Kawasan Taman Marin Johor. Air yang lebih dalam di sekitar kawasan ini memastikan keterlihatan yang bagus dan kepelbagaian hidupan marin. Pulau ini terkenal terutamanya dikalangan penyelam hujung minggu.Terumbu karang utama terletak ke arah hujung selatan Pulau Aur dan Pulau Pinang. Bahagian atas terumbu bermula kira-kira 12m dan cerun sedalam 25m, menjadikannya sesuai untuk menyelam.Antara aktiviti ialah kita boleh belaar tentang habitat paya bakau ini .Selain itu,aktiviti melalui aktiviti jambatan gantung maksima 3 orang untuk satu-satu masa.Pulau kukup sangat bagus untuk aktiviti bersama keluarga kerana tempatnya yang strategik dan sesuai untuk aktiviti berkeluarga.
Pulau Kukup ialah salah sebuah kawasan paya bakau tidak berhabitat terbesar di dunia. Ia juga satu-satunya yang terletak di perairan Johor. Pada hari ini, Pulau Kukup merupakan rumah kepada bermacam-macam spesis hidupan liar. Antaranya adalah monyet, ikan belacak dan babi hutan. Nikmati keindahan taman negara ini, dan selamilah ekosistem semula jadinya yang mengasyikkan.
PULAU AUR
Pulau Aur terletak kira-kira 60 kilometer dari timur Mersing di Johor, Malaysia. Pulau Aur merupakan satu daripada kawasan Taman Marin Johor.
Pulau Aur merupakan salah satu dari gugusan pulau yang indah di Laut Cina Selatan di persisiran laut Johor, Malaysia. Pulau Aur terletak berhampiran dengan beberapa pulau lain iaitu Pulau Rawa, Pulau Pemanggil, Pulau Besar, Pulau Sibu dan Pulau Tinggi. Pulau Aur merupakan salah satu tapak penyemaian Kerang Gergasi (giant cockle). Dari segi kedudukan, Pulau Aur merupakan pulau paling jauh dari daratan Semenanjung.
Pulau Aur memiliki banyak spesies hidupan marin dalam air. Ia juga dijadikan tempat berhenti para nelayan.Walaupun Pulau Aur agak kecil, pulau Aur mempunyai banyak lokasi yang sesuai untuk aktiviti menyelam dan snokling.
Untuk pergi ke pulau Aur, bolehlah menaiki bot daripada Jeti Mersing, Jeti Tanjung Leman atau Jeti Tanjung Gemuk.
PANTAI AIR PAPAN

Air Papan, berkoordinat 2°30′59.26″U103°50′5.6″T, merupakan sebuah pantai yang terletak di Kampung Air Papan, Mersing, Johor, Malaysia. Terletak kira-kira 12 KM utara Mersing, pantai ini adalah popular di kalangan penduduk setempat terutama pada hujung minggu dan cuti umum. Mereka boleh berenang di dalam air biru, bermain permainan di pantai yang luas atau hanya duduk dan berehat di bawah naungan pokok-pokok di sepanjang tepian pantai. Dari sini, pengunjung boleh melihat dengan agak jelas gugusan pulau-pulau seperti Pulau Besar, Pulau Rawa, Pulau Tioman dan Pulau Tengah, serta pulau-pulau kecil berdekatan seperti Pulau Batu Gajah dan Pulau Setindan. Salah satu Tempat-Tempat Menarik Di Johor. Gambar tersebut merupakan gambar family day saya di Pantai Air Papan.Banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Pada waktu cuti sekolah sangat sesuai untuk pergi bercuti di situ kerana harga sangat berpatutan.
GUNUNG LEDANG
Taman Negara Gunung Ledang terletak di daerah Ledang,Johor atau lebih tepat lagi di pekan Sagil. Taman Negara Gunung Ledang mula beroperasi pada Julai 2003, dan telah diwartakan sebagai Taman Negara Johor pada 3 Oktober 2005. Saiz taman adalah seluas 8,611 hektar. Ini antara Tempat-Tempat Menarik Di Johor. Selain itu, ia juga terkenal dengan lagenda Puteri Gunung Ledang di mana secara mitosnya merupakan seorang Puteri yang sangat cantik dan menawan, sesiapa yang memandangnya pasti akan tertarik kepadanya disebabkan oleh rupa parasnya yang sangat cantik. Nama sebenar Puteri Gunung Ledang ialah Gusti Putri Retno Dumilah. Ketinggian Puncak Gunung Ledang adalah 1276m pada aras laut. Selain itu terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Gunung Ledang merupkan tempat yang sesuai untuk pergi bercuti pada hujung minggu .
LEGOLAND
Legoland Malaysia merupakan sebuah taman tema yang dibuka di Nusajaya, Johor, Malaysia pada 15 September 2012. Taman tema ini juga menyediakan lebih 40 tunggangan interaktif, persembahan dan tarikan. Ia juga merupakan taman tema Legoland yang pertama pernah dibuka di Asia semenjak penubuhannya. Tempat-Tempat Menarik Di Johor. Pembukaan rasmi taman tema ini dilancarkan oleh Sultan Ibrahim Ismail pada 22 September 2012. Ia akan menjadi teras kepada kompleks yang bersepadu yang berukuran 5,500,000 kaki persegi (510,000 m2). Kawasan ini juga merupakan taman industri Nusa Cemerlang yang terletak dalam Iskandar Malaysia iaitu sebuah kawasan ekonomi yang terdiri daripada pusat gaya hidup seperti peruncitan, pejabat, hotel, perkhidmatan pangsapuri dan unit kediaman.Harga sangat berpatutan dan sangat sesuai untuk semua lapisan masyarakat .
Subscribe to:
Posts (Atom)